Guruku Yang Dikasihi.




 1. al-Fadhilat Dato' 'Arif Perkasa Dr Mohd 'Asri bin Zainul Abidin (Abu Talhah) hafizahullah. Beliau juga dikenali sebagai Dr.MAZA. Merupakan lepasan dalam bidang Syari'ah dan B.'Arab dari University of Jordan. Memperolehi Sarjana Pengajian Islam USM seterusnya Ph.D Hadith daripada IIUM. Kerajaan negeri Perlis meminjam beliau daripada pihak USM untuk menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 1 November 2006 hingga 30 November 2008.


- Saya mempelajari fiqh al-hadith, 'aqidah, manhaj, ulum al-hadith daripada beliau dengan menghadiri kuliah syarah hadith (kitab Riyadhus Solihin) di Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Penang dan mendengar rakaman audio kuliah syarah Sahih al-Bukhari oleh beliau.

- beliau merupakan guru pertama saya dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah mengikut disiplin ilmu yang betul (insyaa'Allah).

- hampir semua buku-buku beliau saya telah miliki dan membacanya, antara yang menarik perhatian saya adalah buku beliau yang bertajuk "Selangkah Dalam Memahami as-Sunnah" dan "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda"

- beliau banyak mendidik minda saya supaya menjadi kritis dan terbuka, terutama sekali dalam perbahasan ilmu agama Islam.

- saya juga belajar aklaq dan adab daripada beliau samada menerusi hadith-hadith Nabi SAW yang dibacakan oleh beliau mahupun peribadi beliau sendiri yang baik.

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

2. al-Fadhilat al-Ustaz 'Abd al-Rasyid Idris hafizahullah. Beliau merupakan lulusan dari Universiti al-Urduniyyah, Jordan sahabat karib Dr. Mohd 'Asri. Salah seorang tenaga pengajar di IQ Penang.


- saya belajar Mustolah al-Hadith dengan beliau di IQ Penang. Walaupun tidak dapat mengikuti sehingga akhir daurah mustolah al-hadith itu namun saya banyak belajar daripada beliau istilah-istilah yang digunakan ahli hadith dan mengetahui secara kasar beberap ilmu yang berkaitan dengan hadith.

- beliau banyak menegur sikap para pemuda dalam menuntut ilmu agama termasuklah saya. Tegas dalam sebahagian perkara dan luas dalam sebahagian perkara serta menjaga disiplin ilmu.

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

3. al-Fadhilat al-Ustaz Syazalie Hirman hafizahullah. Beliau merupakan lulusan dalam Fiqh dan Ushul al-Fiqh dari  Universiti al-Imaan di Yaman.


- saya mempelajari Usuul al-Fiqh daripada beliau. Beliau ringkaskan daripada kitab al-Wajiz fii Ushuul al-Fiqh tulisan Dr. Abdul Karim Zaidan.

- Teknik penyampaian beliau yang mesra dan beliau sendiri mesra bersama kami.

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

4. al-Fadhilat al-Ustaz Halim Hasan hafizahullah. Beliau merupakan bekas pelajar pondok di sekitar Kelantan, dan melanjutkan pelajaran ke 'Iraq.


- saya mempelajari fiqh al-Hadith, aklaq, adab, tazkiyatun nafs, 'aqidah, ushuluddin, daripada beliau.

- antara kuliah beliau yang sempat saya hadiri Kuliah syarah Hadith (Kitab Riyadhus Solihin dan Bulughul Maram) dan kuliah 'Aqidah.

- daripada beliau jugalah saya mengenal syi'ah dan hakikat syi'ah.

- akhlaknya yang baik lagi santun, sangat mencintai sunnah.

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.


5. al-Fadhilat al-Ustaz Hisyam bin Mohd Radzi hafizahullah. Beliau merupakan lulusan Universiti Islam Madinah. Bapa beliau seorang ilmuan tanah air iaitu Dr. Radzi juga lulusan Universiti Islam Madinah.


- saya mempelajari fiqh al-hadith daripada beliau dengan menghadiri kuliah syarah Hadith (kitab 'Umdatul Ahkam)

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

6. al-Fadhilat al-Ustaz Wan Nordin hafizahullah.

- beliau merupakan guru bahasa 'arab pertama saya.

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

7. al-Fadhilat al-Ustaz Asif Maherali hafizahullah.


- beliau merupakan guru bahasa 'arab saya.

- saya mengikuti kuliah bahasa 'arab beliau melalui rakaman video daripada laman sesawang  LQ TORONTO secara bersiri menggunakan buku yang ditulis oleh seorang pensyarah Bahasa 'Arab di Universiti Islam Madinah, Dr. V Abdurrahim.

- beliau bukanlah berbangsa 'arab sebaliknya "pakistani", namun mahir tatabahasa 'arab. Selain daripada bahasa 'arab, beliau juga mahir dalam bahasa Enggeris dan (sudah pasti) mahir dalam bahasa ibunda beliau iaitu Urdu.

- penyampaian beliau sangatlah lunak dan begitu efektif.

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

8. Al-Fadhilat al-Ustaz Syeikh al-Hadith Maulana Muhammad 'Asri Yusof. Merupakan seorang gigih dalam menuntut ilmu hadith di India (Deoband). Beliau pernah menghabiskan syarah Al-Jami' Sahih al-Bukhari di salah sebuah masjid di Kelantan yang memakan masa 14 tahun. Beliau juga mensyarah hadith-hadith daripada selain Sahih al-Bukhari seperti Misykat al-Masabih, Sunan Abi Daud, Jami' At-Tirmidzi, dll.


- saya mempelajari fiqh al-hadith dan ulum al-hadith daripada tulisan-tulisan beliau di laman sesawang www.darulkautsar.net, mendengar rakaman audio syarah al-Bukhari oleh beliau dan rakaman video secara "online". Sempat saya belajar secara talaqqi didalam majlis belia beberapa hadith daripada Sahih al-Bukhari di Bangunan Tabung Haji, Kota Bharu, Kelantan dan Sunan Abu Daud di Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan.

- seorang yang kritis dan sangat terperinci dalam membahaskan sesuatu ilmu (terutama ilmu hadith).

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

9. al-Fadhilat Dr. Abdullah Yasin hafizahullah. Beliau berasal dariapad Indonesia dan mendapat pengajian awalnya disana. Beliau bekerja sebagai di Unit Dakwah Islamik Kaunselor Kedutaan Arab Suadi Kuala Lumpur. Merupakan lulusan Universiti Islam Madinah dalam bidang Dakwah dan Ushuluddin, Ijazah Sarjana (MA) dari Universiti Imam Muhammad Ibn Saud,Riyadh dan Ph.D dari American Coasaline University, Lousiana dalam bidang Pengajian Islam.





- saya mempelajari 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah daripada beliau menerusi buku yang ditulis oleh beliau sendiri iaitu 'Aqidah Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah terbitan al-Furqan sebanyak 3 jilid. 
  
- selain daripada buku 'aqidah itu, saya juga memiliki buku beliau yang bertajuk "Hakikat Dua Kalimah Syahadah", merupakan buku pertama tulisan beliau yang saya baca. 

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

10. Al-Fadhilat al-Ustaz Abdul Kadir bin Sahak hafizahullah. Beliau merupakan pemegang diploma dalam bidang Pengajian Syari'ah dari Kolej Dar al-Hikmah, Kajang(selangor) dan Ijazah sarjana muda Fiqh dan Usul al-Fiqh dari Universiti Madinah Antarabangsa(MEDIU). Sekarang beliau bekerja di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Beliau juga salah seorang tenaga pengajar di IQ dan pernah memegang jawatan disitu.



- saya sempat bertanya beliau bekenaan usul al-fiqh.

- saya juga pernah menghadiri beberapa daurah di IQ yang disampaikan oleh beliau antara lain fiqh jenazah (teori dan amali), pembentangan kertas kerja dll.

- saya juga banyak pertanya fiqh semasa daripada beliau dan meniliti tulisan ilmiah beliau.

- semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

11. al-Syeikh al-Muhaddtih Dr. Khalid bin Mahmud al-Hayek hafizahullah. Beliau lahir pada 1970 di Jordan. Beliau merupakan salah seorang ulama hadith di Jordan dan mengasaskan Darul Hadith al-Dhiyaa'iyyah. Salah seorang guru beliau yang masyhur dalam mempelajari ilmu hadith iaitu al-Syeikh al-Muhaddith Dr. Hamzah al-Malibari. Yang menarik tentang beliau adalah sebelum beliau menjadikan pengajian Islam (khususnya bidang hadith) sebagai bidang yang diceburi secara formal, beliau belajar dalam bidang kejuruteraan awam.




Saya mempelajari ilmu-ilmu hadith daripada beliau dan juga bertanya bekenaan isu-isu semasa yang berbangkit yang berkait dengan Islam melalui ruang bual persedirian (private message) di Facebook.
Saya memanfaatkan tulisan-tulisan beliau khususnya dalam ilmu hadith.
Semoga Allah meredhai beliau dan memelihara beliau, Ameen.

12. al-Syeikh al-Muhaddith Dr. Maher Yasin al-Fahl hafizahullah. Beliau adalah ulama hadith kelahiran Iraq dan telah mengasaskan Darul Hadith al-Iraqiyyah,Ramadi, Iraq. Saya banyak bertanya soalan-soalan perihal ilmu hadith khususnya dengan beliau dan beberapa persoalan fiqh melalui ruang bual peribada Facebook dan Email. Beliau pernah datang ke Malaysia untuk melawat dan dalam masa yang sama berprogram di Kuala Lumpur. Saya pernah menerima hadiah senaskah kitab Jami al-Uloom wal Hikam oleh Ibn Rejab al-Hanbali yang ditahqiq(disemak) oleh beliau sendiri yang beliau bawa bersama dari Iraq ketika datang ke Malaysia lalu dititipkan kepada muridnya di Malaysia untuk menghantarnya kepada saya melalui khidmat pos.


Beliau banyak menulis dalam bidang ilmu hadith samada artikel didalam laman sesawang peribadi beliau atau dalam bentuk buku. Beliau juga banyak mentahqiq(menyemak) kitab-kitab dalam bidang ilmu hadit. Semoga Allah memelihara beliau dan merahmatinya.

13. al-Fadhil Maulana Abdul Hadi bin Ya'qoob hafizahullah, Syeikhul Tafsir wal Hadith di Darul Uloom,Jerteh, Terengganu. Beliau boleh diumpamakan sebagai permata di dasar laut yang walaupun alim(berilmu) tetapi tidak dikenali ramai. Beliau adalah kelahiran  madrasah Binori Town Karachi, Pakistan.  Beliau telah memberi perhatian yang besar kepada ilmu  tafsir  sejak menjadi pelajar lagi. Tidak hairanlah sekembalinya ke tanah air beliau telah menghidupkan program pengajian kilat tafsir yang dinamakan sebagai Daurah Tafsir.  Silsilah ilmu tafsir yang diperolehi oleh beliau ialah menerusi turutan berikut: Mufti Muhammad, Syeikh Abdul Ghani (juga bapanya),  Syeikh Ghulamullah, Syeikh Husain Ali al-Wani, Syeikh Muhammad Mazhar (pengasas madrasah Mazahir Uloom Saharanpur) dan Syeikh Rashid Ahmad Gangohi (salah seorang penaung madrasah Darul Uloom Deoband). Guru beliau Mufti Muhammd bin Abd Ghani tinggal di Rahimankhan, Rawalpendi.Manhaj(metodologi)  yang digunakan oleh Maulana Abdul Hadi dalam pengajaran tafsir adalah berasal daripada Maulana Husin Ali al-Wani yang merupakan sahabat kepada Maulana Yahya iaitu ayah kepada Maulana Zakaria Kandahlawi. 

Beliau juga rakan kepada al-Fadhil Maulana Muhd Asri Yusuf hafizahullah, Syeikhul Hadith di Darul Kauthar, Bachok, Kelantan.



Saya belajar ilmu Usul al-Tafsir dan Tafsir al-Quran 30 Juzu' dengan beliau dan mendapat ijazah sanad pengajian tafsir melalui beliau di madrasahnya, Darul Uloom. Sempat juga saya belajar dengan beliau beberapa hadith daripada kitab hadith Mukhtasar Targhib wa Tarhib oleh al-Imam al-Munziri.


3 comments:

  1. al-khairaatul hisan8/30/2014 11:37 am

    Salam.nk copy blh?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete