Sudah berbulan-bulan saya tidak menulis disini.
Pada malam ini rasa terpanggil untuk coret sedikit kisah saat kematian seorang
tokoh hadith besar ummat Islam iaitu Abu Zur'ah al-Razi (w.264H). Saya juga
ingin membubat kategori baru bagi penulisan saya iaitu قصص المؤثرة من العلماء الجهابذة "Qisas
al-Mu`aththarah min al-'Ulama al-Jahabizah" yang maksudnya
"kisah-kisah yang membekas dihati daripada para ulama yang pakar".
Ibn Waarah berkata:"Aku dan Abu Hatim
hadir saat kewafatan Abu Zur'ah, kami pun fikir bagaimana nak ditalqinkan(ajar
syadah) insan seperti Abu Zur'ah? Maka aku pun berkata (meriwayatkan hadith
mengenai syahadah), telah menceritakan kepada kami Abu 'Asim, telah
menceritakan kepada kami 'Abdul Hamid bin Ja'far.."
Lalu Ibn Waarah diam (tidak sambung riwayat itu
sedangkan beliau tahu.)
Maka Abu Hatim terus sambung :"..telah
menceritakan kepada kami Bundaar, telah menceritakan kepada kami Abu 'Asim,
telah menceritakan kepada kami 'Abdul Hamid.."
Lalu Abu Hatim diam (tidak sambung riwayat itu
sedangkan dia tahu.)
Maka Abu Zur'ah al-Razi rhm yang sedang nazak
itu buka matanya kerana mendengar mereka berdua seolah-olah terlupa sanad
riwayat itu lalu berkata:"telah menceritakan kepada kami Bundaar, telah
menceritakan kepada kami Abu 'Asim, telah mengkhabarkan kepada kami 'Abdul
Hamid, telah menceritakan kepada kami Solih bin Abi 'Ariib, daripada Kathir bin
Murrah, daripada Mu'az, beliau berkata:"Sabda Rasulullah SAW:"sesiapa
yang akhir ucapannya Laa Ilaaha Illallah.."
Belum sempat beliau habiskan hadith itu keluar
ruhnya di atas akhir ucapannya adalah syahadah.
Rujuk: Tahzib al-Kamal oleh al-Mizzi dan
al-Siyar oleh al-Zahabi.
*Betapa kehidupan seorang muhaddith agung dalam
kalangan mutaqaddimin, mati dalam keadaan meriwayatkan hadith dan atas
syahadah. Allahu Akbar.
Abu Farooq,
Alor Setar, Kedah.