Thursday, 15 May 2014

Sungai Saihan, Jaihan, Furat dan Nil dari Syurga.



 ABU FAROOQ NIK MUHAMMAD SYAZRIN

قال الإمام مسلم في صحيحه :
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا أبو أسامة وعبد الله بن نمير وعلي بن مسهر عن عبيد الله بن عمر (ح) وحدثنا محمد بن عبد الله بن نمير حدثنا محمد بن بشر حدثنا عبيد الله عن خبيب بن عبد الرحمن عن حفص ابن عاصم عن أبي هريرة قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : سَيْحَانُ وجَيْحَانُ والفُرَاتُ والنِّيْلُ كل من أنهار الجنة.

Telah berkata al-Imam Muslim didalam Sahihnya :
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah (beliau berkata) telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, ‘Abdullah bin Numair, dan ‘Ali bin Mushir daripada ‘Ubaidullah bin ‘Umar (haa : iaitu tahwil sanad), dan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abdullah bin Numair (beliau berkata) telah menceriakan kepada kami Muhammad bin Bisyr (beliau berkata) telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah daripada Khubaib bin ‘Abdurrahman daripada Hafs Ibn ‘Asim daripada Abu Hurairah beliau berkata, Sabda Rasulullah SAW : Saihan, Jaihan, Furat, dan Nil semua dari sungai-sungai syurga.
(hadith sahih. Rujuk : Sahih Musim, Dar Taiyyibah 2006M, jil.2, hal.1302-1303, no.2839)


Syarah

Al-Imam al-Munziri hafizahullah meletakkan hadith ini ini dibawah bab ;
باب : ما في الدنيا من أنهار الجنة
“bab : (menyatakan) apa yang di dunia daripada sungai-sungai syurga.”(rujuk : Mukhtasar Sahih Muslim, al-Munziri, al-Maktab al-Islami, tahqiq : Muhammad Nasir al-Deen al-Albani 1987M, jil.2, hal.522)

Sabda Rasulullah SAW : Saihan, Jaihan..

“Saihan” dan “Jaihan” kedua-duanya adalah nama bagi 2 jenis sungai. Kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah :
..اعلم أن سيحان وجيحان غير سيحون وجيحون ، فأما سيحان وجيحان المذكوران في هذا الحديث اللذان هما من أنهار الجنة في بلاد الأرمن ، فجيحان نهر المصيصة ، وسيحان نهر أدنة ، وهما نهران عظيمان جدا أكبرهما جيحان ، فهذا هو الصواب في موضعهما..
“..ketahuilah bahawa “Saihan” dan “Jaihan” bukan “Saihun” dan “jaihun”, maka adapun “Saihan” dan “Jaihan” yang disebut dalam hadith ini adalah kedua-duanya daripada sungai-sungai syurga (terletak) di kawasan Armenia. Jaihan adalah sungai (di) Mopsuestia(المصيصة) dan “Saihan” adalah sungai (di) Adana(أدنة). Kedua-duanya adalah sungai yang sangat besar, antara keduanya “Jaihan” lebih besar. Maka inilah dua tempat yang tepat bagi kedua-duanya..”(Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, Yahya bin Syaraf, Dar al-Khair 1996M, no.2839)

Menurut al-Imam Ibn Kathir rahimahullah didalam al-Bidayah wa al-Nihayah bagi sungai “Jaihan” :
يجري في سهول كليكيا بجوار مدينة (المصيصة)
“..ia terletak di dataran Kilikia(Cilicia) berdekatan dengan Bandar Mopsuestia..”

Jika kita lihat didalam Wikipedia misalnya menyebut Sungai Jaihan atau Ceyhan River ia terletak lebih kurang 20km dari timur Kilikia(Cilicia),Turki. Sungai Jaihan juga dikenali sebagai “Pyramus”.(rujuk: www.en.wikipedia.org/wiki/Mopsuestia)

Menurut beliau lagi bagi Sungai “Saihan” :
ينبع من جبال أرمينية الصغرى، ويجري نحو الجنوب مارا بمدينة (أذنة)..
“berpunca daripada pergunungan Armenia kecil, dan terletak pada arah selatan melalui Bandar Adana..”

Adana adalah sebuah kota yang kelima  terkenal di Turki. Disitulah terletaknya Sungai Saihan atau Seyhan River iaitu terletak lebih kurang 30km daripada Laut Mediteranian.(rujuk: www.en.wikipedia.org/wiki/Adana)

Sabda Rasulullah SAW lagi : ..Furat..

Sungai Furat atau dalam bahasa enggeris disebut sebagai Euphrates adalah sungai yang berpunca dari timur Turki(Anatolia) mengalir merentasi Syria dan Iraq bertemu dengan sungai Tigris di bandar al-Qurnah, Basra, Iraq.

Sabda Rasulullah SAW lagi : ..Nil..

Sebagaimana yang telah diketahui ramai Sungai Nil atau Nile River terletak di Mesir. Sebenarnya Sungai Nil berpunca daripada arah utara Afrika merentasi beberapa buah negara termasuklah Sudan, Mesir, dan lain-lain lagi sehingga tamat di Laut Mediteranian. Secara umumnya ia dianggap sebagai sungai terpanjang didunia dengan panjangnya hampir 7000km. Sungai Nil juga dianggap sebagai sungai “antarabangsa” kerana ia menjadi sumber air bagi sebelas negara. Secara khususnya Sungai Nil adalah sumber air utama bagi negara Mesir dan kawasan utara Sudan.

Sabda Rasulullah SAW : ..semua dari sungai-sungai syurga.

Dalam kalangan ahli ilmu mereka berbeza pendapat tentang apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW bahawa sungai-sungai tersebut iaitu Saihan, Jaihan, Furat dan Nil semua dari sungai-sungai syurga. Menurut al-Imam al-Nawawi rhm :

وأما كون هذه الأنهار من ماء الجنة ففيه تأويلان ذكرهما القاضي عياض : أحدهما : أن الإيمان عم بلادها ، أو الأجسام المتغذية بمائها صائرة إلى الجنة . والثاني - وهو الأصح - : أنها على ظاهرها ، وأن لها مادة من الجنة ، والجنة مخلوقة موجودة اليوم عند أهل السنة ، وقد ذكره مسلم في كتاب الإيمان في حديث الإسراء أن الفرات والنيل يخرجان من الجنة ، وفي البخاري (من أصل سدرة المنتهى)
“dan adapun kenyataan bahawa sungai-sungai ini daripada air syurga maka padanya terdapat dua tafsiran. Disebut kedua-dua tafsiran itu oleh al-Qadhi ‘Iyadh. Satu diantaranya ialah : bahawa iman tersebar dikawasan (sekitar) sungai-sungai itu, atau nutrisi(kandungan) objek-objek air sungai-sungai itu berpaksi kepada Syurga. (Pendapat) yang kedua  - ia adalah pendapat yang lebih benar - : bahawasanya sungai-sungai itu adalah yang zahir, dan bahawa bagi sungai-sungai itu materialnya/bahannya dari syurga. Syurga adalah satu makhluk yang wujud hari ini disisi Ahl al-Sunnah dan telah menyebut ia oleh Muslim pada Kitab al-Iman dalam hadith al-Isra’ bahawa sungai Furat dan sungai Nil kedua-duanya keluar dari syurga, dan dalam al-Bukhari (asal daripada Sidratul Muntaha).”(Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, Yahya bin Syaraf, Dar al-Khair 1996M, no.2839)

Kata al-Syeikh al-‘Allamah Ibn Soleh al-‘Uthaimeen rhm, ketika mengulas hadith ini :
فقال بعض العلماء : إنها من أنهار الجنة حقيقة، لكنها لما نزلت إلى الدنيا غلب عليها طابع أنهار الدنيا وصارت من أنهار الدنيا، لأن أنهار الجنة أربعة ((..فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى..)){محمد:١٥} وهذه الأنهار الأربعة في الجنة لا نعلم كيفيتها ولا طعمها لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال في الجنة عن ربه –عز وجل- في الحديث القدسي : أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر.{رواه البخاري ومسلم} لكن سيحان وجيحان والنيل والفرات معلومة وهي تأنس، تتغير مع طول المدة، فللعلماء فيها تأويلان : الأول : أنها من أنهار الجنة حقيقة لكن لما نزلت إلى الأرض صار لها حكم أنهار الدنيا. والثاني : أنها ليست من أنهار الجنة حقيقة لكنها أطيب الأنهار وأفضلها فذكر النبي صلى الله عليه وسلم هذه الوصف لها من باب رفع شأنها والثناء عليها –والله أعلم بما أراد رسوله صلى الله عليه وسلم.
“telah berpendapat sebahagian ‘ulama : bahawa ia benar-benar sungai-sungai syurga, akan tetapi ia tidak lagi turun ke dunia, telah mendominasi keatasnya sifat sungai-sungai dunia dan telah menjadi daripada sungai-sungai dunia. Sementara sungai-sungai syurga itu adalah empat (sebagaimana firman Allah), “..padanya (iaitu syurga) sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan warna, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamr(arak) yang lazat bagi orang yang meminumnya, dan sungai-sungai daripada madu yang disaring(tulen)..”(Muhammad:15), dan empat sungai ini dalam syurga tidak kita tahu bagaimana keadaanya dan tidak juga rasanya kerana Nabi SAW telah bersabda tentang syurga daripada Rabnya –azza wa jalla- dalam hadith qudsi : “Aku telah sediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata tidak pernah lihat, tidak pernah telinga dengar,  dan tidak pernah terlintas di jantung hati.”(riwayat al-Bukhari Muslim). Namun (sungai) Saihan, Jaihan, Nil, dan Furat telah diketahui ia adalah berubah warna dan rasa, ia berubah seiring mengikut tempoh masa. Maka bagi ‘ulama padanya (terdapat) dua tafsiran , yang pertama : bahawasanya sungai-sungai itu benar-benar dari sungai-sungai syurga tetapi tidak lagi turun ke bumi, baginya telah menjadi nilaian sungai-sungai dunia. (Pendapat) yang kedua : bahawa ia bukan benar-benar dari sungai-sungai syurga, sebaliknya ia adalah sebagus-bagus sungai dan sebaik-baiknya. Maka Nabi SAW telah menyebut sifat ini baginya dalam rangka mengangkat kepentingannya dan puji keatasnya. Allah maha mengetahui dengan apa yang dimaksudkan RasulNya SAW.”(Syarh Riyadh al-Solihin, Ibn Soleh al-‘Uthaimeen, Madar al-Watan 1426H, al-Riyadh, jil.6, hal.673-674)
Menurut guru kami al-Fadhil Dr.Mohd ‘Asri hafizahullah ketika beliau menjelaskan hadith ini, mungkin juga Rasulullah SAW ingin menggambarkan sedikit bagaimana keadaan sungai-sungai di syurga dengan merujuk kepada keadaan asal keempat-empat sungai itu. Hal ini demikian kerana, mungkin keadaan asal empat sungai itu indah rupanya sebelum dicemari oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab lagi tiada nilai Islam dalam diri. Lebih mendukacitakan apabila yang mencemarkan sungai-sungai itu adalah muslim sendiri, dalam masa yang sama kempen bahawa Islam agama bertamadun, mementingkan kebersihan, dan sebagainya. Dunia muslim menjadi kolot bukan kerana Islam, tetapi sikap sebahagian muslim itu sendiri yang tidak terdidik atau tidak mahu ambil cakna ajaran Islam. 
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment