ABU FAROOQ NIK MOHD SYAZRIN
Firman Allah,
"orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami,hanyalah orang yang apabila diperingatkan dengan (ayat-ayat Kami),mereka bersyukur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombong diri. Lambung(rusuk-tubuh) mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeqi yang kami berikan kepada mereka." ~ Surah As-Sajdah,15-16
Al-Quran apabila menyifatkan insan yang beriman, sungguh mendorong dan memberi petunjuk serta galakkan kepada pembacanya untuk turut menghadirkan diri dalam golongan insan yang beriman itu. Quran menyatakan sifat orang beriman itu menerusi surah As-Sajdah pada ayat yang ke-16 dimana mereka itu memisahkan lambung(rusuk-tubuh) mereka dari tempat tidur mereka dikala keheningan malam ketika kebiasaannya orang tidur untuk meletakkan dahi, sujud kepada Penciptanya. Lantas Quran menyatakan lagi insan beriman dengan mereka membisikkan doa dengan rasa takut penuh kerinduan keinsafan pengharapan.
Firman Allah,
“maka tidak seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereke iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.” ~ As-Sajdah,17
Demikian Allah SWT menyambut bisikan doa mereka yang penuh rasa takut tunduk kepada kebesaran kerajaan Tuhan dan menjawab harapan mereka dengan mereka akan dikurniakan kenikmatan yang tidak ada bandingnya didunia.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW ditanya “solat apakah yang lebih utama selepas solat fardhu?” Nabi SAW bersabda, “solat di tengah malam” (HR Muslim no.1163)
Itulah solat yang paling utama selepas solat fardhu yang maktubah(5 waktu) iaitu solat di waktu tengah malam. Sesungguhnya tidak dinafikan lagi,itulah amalan Rasulullah SAW dan sekalian Salaf as-Soleh dalam menghidupkan hati serta mendidik ruh keinsafahan,pengorbanan,kecintaan,kerinduan hanya kepada Allah azza wa jalla.
Solat malam mendidik Ruh dan Jiwa
Dalam mengharungi sehari-hari yang penuh dengan kekalutan aktiviti duniawi,insan terkadang diduga dan diuji oleh Penciptanya sehinggakan mereka merasakan dugaan kesusahan yang dihadapi itu adalah kemuncak kemusanhan hidup yang tiada harapan untuk diteruskan lagi. Allah SWT berfirman,
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah." ~ Al-Ma’arij,19-20.
Demikian Allah SWT menyatakan perihal manusia,hambaNya yang sangat lemah. Maka mereka yang memiliki ruhani yang lemah dari didikan yang sebenarnya, akan terus menerus menanggung keluh kesah yang berpanjangan tiada berpenghujung. Sesungguhnya manusia itu sangat lemah dan memerlukan pergantungan kepada Yang Tidak Mati. Para anbiya’ apabila mereka dicemuh,diejek,dihina dan diperlakukan perkara-perkara yang memperkecilkan kedudukan mereka,mereka sedikit pun tidak bertindak dengan emosi malah mengembalikan segala hal itu kepada Yang Merencana segala sesuatu terhadap perjalanan mereka. Rasulullah SAW apabila menghadapi keresahan yang membuntukan baginda ketika menerima wahyu daripada Allah SWT dan ketika menyampaikan kepada umat nya, Baginda SAW disambut oleh Allah SWT ;
firman-Nya,
“Wahai orang yang berselimut(Muhammad)!. Bangunlah(solat) pada waktu malam hari ,kecuali sebahagian kecil. (iaitu) separuh atau kurang sedikit daripada itu. Atau lebih daripada (seperdua) itu dan bacalah al-Quran dengan tartil. Sesungguhnya Kami akan menurunkan wahyu yang berat (Al-Quran) kepadamu. Sesungguhnya,bangun malam(bersolat dan beribadat) itu lebih kuat (mengisi jiwa);dan (bacaan al-Quran pada waktu itu) lebih berkesan.” ~ Al-Muzzammil,1-6
Rintihan hamba.
Allah SWT berfirman,
“dan Tuhanmu berfirman;’berdoalah kepadaKu,nescaya akan aku perkenankan bagimu..”
~ Al-Ghafir(mu’min),60
Ketika Iblis ingkar atas arahan Tuhan untuk tunduk hormat kepada ciptaan-Nya Adam a.s lantas dia dihalau daripada kenikmatan syurga ketika itu dia inginkan permintaannya diperkenankan iaitu dipanjangkan umurnya sehingga kiamat, Allah SWT tetap memperkenankan untuknya. Apakah hamba-Nya yang berdiri meluruskan tulang rusuk tunduk kepada kebesaran kerajaan Allah pada waktu keheningan malam memohon sakinah(kebahagiaan) dan kekayaan didalam jiwa tidak diperkenankan? Permintaan dengan linangan air mata yang takut kepada hari penghisaban dihadapan Tuhan dengan bisikan doa penuh keinsafan,kecintaan,kerinduan, dan pengharapan kepada Allah SWT pasti akan diperkenankan dengan jalan yang dikehendaki-Nya.
Dari Jabir r.a berkata, “aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘sesungguhnya waktu malam benar-benar ada saat tertentu, di mana jika seorang muslim tepat pada saat tersebut memohon kepada Allah sesuatu kebaikan dari perkara dunia dan akhirat, maka Allah mengabulkannya, dan yang demikian itu ada setiap malam.’” (HR Imam Muslim. Rujuk Riadhus Solihin hadith no.1178)
Wallahu a'lam..
Alhamdulillahilladzi bi ni'matihi tatimmush shoolihaat..


No comments:
Post a Comment