ABU FAROOQ NIK MOHD SYAZRIN
Saya amat tertarik dengan satu frasa kiriman salah seorang sahabat saya di Facebook iaitu berbunyi begini, "kalau awak marah, jangan lama-lama. Nanti saya rindu". Suami isteri kadangkala berbeza pendapat sehingga terwujud persengketaan antara mereka, maka suami pasti dapat merasai pada ketika mana si isterinya telah tersentuh dan sedikit marah padanya atas alasan tertentu. Itulah fitrah insan, ia marah, gembira, kritis dan sebagainya terhadap perkara sekeliling. Maka kata-kata ini atau yang serupa dengannya sangat manis jika seorang suami lontarkan pada isterinya dengan nada yang memujuk jiwa si isteri itu tadi. Didalam frasa itu adanya "isi atau inti" pujukan, dan di lontarkan dengan "nada" yang mendayu sebagai rayuan jiwa si isteri.
Dakwah Islam.
Hakikat dakwah Islam begitulah sifatnya. Islam hadir bukan sekadar membawa "isi" atau "inti" dahwah sebagai "hujjah", malah bersamanya hadir juga "hemah dan akhlak" sebagai "pujukan". Maka pendakwah membawa hujjah untuk akal insan yang didakwahnya menerima, dan hemah serta akhlak sebagai pujukan jiwa mereka. Maka kerana itulah, agama yang realisitik ini dapat menjawab sebarang penolakan dan persoalan terhadapnya kerana tiada alasan bagi insan untuk menolak agama ini yang benar di setiap sudut.
Islam Mengajar Pasangan Romantik.
Ketika saya membuka satu bab didalam nikah(kahwin) iaitu, tentang Kewajipan Seorang Suami Terhadap Isteri dan sebaliknya, saya dapati betapa halus Islam mendidik samada bakal suami isteri ataupun yang sudah berumah tangga dalam hal mencapai keharmonian dan sakinah(kebahagian/
Allah SWT sebut didalam al-Quran,
"Dan bergaul lah dengan mereka dengan baik."~An-Nisa',19
Tentang ayat ini, al-Imam Ibn Katsir katakan(menafsir), "Berkatalah yang baik kepada isteri kamu, perbaguslah amalan dan tingkah laku kamu kepada isteri. Berbuat baiklah sebagaimana engkau suka jika isteri kamu bertingkah laku demikian."(Tafsir Al-Qur'an Al-'Azhim,3:400)
Maka dapat diketahui, pergaulan yang baik, sopan, manja dan sebagainya terhadap isteri salah satu syari'at lantas ia salah satu juzuk(inti), dariapda juzuk-juzuk mencapai sakinah dan romantik dalam berpasangan. Anehnya, barat atau masyarakat bukan Islam tidak ada ensiklopedia ini, namun mereka sebahagiannya lebih baik dalam pergaulan terhadap isteri yang patut kita contohi.
Isi yang kedua saya ingin kongsikan disini, Islam melarang seorang suami memukul isteri di bahagian Muka dan kedua tapak tangan. Terdapat didalam hadith riwayat Abu Daud dan dihasankan oleh Syeikh al-Albani, Rasulullah SAW bersabda,
"Engkau memberinya makan sebagaimana engkau makan. Engkau memberinya pakaian sebagaimana engkau berpakaian, dan engkau tidak memukul isterimu di wajahnya, dan engkau tidak memburuk-burukkannya serta tidak meminggirkannya (dalam rangka nasihat) selain di rumah"(HR Abu Daud)
Didalam isi ini, 'ulama memperincikan lagi kepada bab "Kaedah memukul Isteri" iaitu dalam rangka mendidik atau nasihat kepada beberapa perincian. Bukan disini saya ingin bincangkan perincian itu, tetapi demikianlah bagaimana Islam bukan sahaja mengajar ummat berpasangan, tetapi Islam turut sertakan keaedah mencapai kemanisan dalam berpasangan.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment