ABU FAROOQ NIK MOHD SYAZRIN
simbol ini seringkali digunakan untuk menyatakan jantung hati yang dipenuhi dengan cinta
..soal cinta kerap diperkatakan oleh orang
ramai khususnya pemuda sekarang ni. Tidak dapat dinafikan, perasaan
cinta adalah fitrah kurniaan Allah SWT bagi seorang insan. Oleh itu,
persaan cinta adalah suci pada hakikatnya, manusia sendiri
mencemarkannya dengan tindakan atas perasaan itu. Para 'ulama ahlul
hadith juga membahaskan tajuk ini, iaitu bagaimana apabila cinta itu
menyapa. Hal ini kerana, cinta pada Allah SWT dan RasulNya perlu ada pada awal episod cinta didalam hati insan sebelum cinta kepada makhluk.
al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata, "Sumber terjadinya kesyirikan terhadap Allah adalah syirik dalam perkara cinta. Sebagaimana firman Allah,
al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata, "Sumber terjadinya kesyirikan terhadap Allah adalah syirik dalam perkara cinta. Sebagaimana firman Allah,
"Dan diantara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan, mereka mencintainya sebagaimana kecintaan mereka kepada Allah. Adapun orang-orang yang beriman lebih dalam cintanya kepada Allah."~Al-Baqarah,165
Beliau menegaskan lagi, "Maksud daripada pembicaraan ini adalah bahawasanya hakikat penghambaan tidak akan boleh diraih apabila diiringi dengan kesyirikan kepada Allah dalam urusan cinta. Lain halnya dengan mahabbah lillah. Kerana sesungguhnya kecintaan tersebut merupakan salah satu akibat dan tuntutan dari penghambaan kepada Allah. Kerana sesungguhnya kecintaan kepada Rasul –bahkan perlu mendahulukan kecintaan kepadanya daripada kepada diri sendiri, orang tua dan anak-anak- merupakan perkara yang menentukan kesempurnaan iman. Sebab mencintai Baginda termasuk sebahagian daripada mencintai Allah. Demikian pula halnya pada kecintaan fillah dan lillah…"(Rujuk : Ad-Daa' wad-Dawaa', hal.212-213)
Daripada Anas bin Malik r.'anh, Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga perkara, barangsiapa yang pada dirinya terdapat ketiganya nescaya akan merasakan manisnya iman. Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, dia mencintai orang lain tidak lain disebabkan cinta kerana Allah, dan dia tidak suka kembali kepada kekafiran sebagaimana dia tidak suka untuk dilemparkan ke dalam marak api."(HR Bukhari no.15,20,5581,6428 dan Muslim no.60,61)
Saya yakin, setiap insan suka bertindak atau membuat sesuatu perkara berdasarkan apa yang ia cintakan. Maka perbetulkanlah setiap perkara yang anda cinta, agar ia tidak mendahului cinta kepada Allah SWT dan Rasul. Apabila Allah dan Rasul mendominasi perasaan cinta insan, cinta yang lain pasti didalam rangka ketaatan dan 'ibadah. insyAllah..
Wallahu a'lam..
Alhamdulillaahilladzi bi ni'matihi tatimmush shoolihaat..

No comments:
Post a Comment