Friday, 20 July 2012

Kaum Muslimin di M'sia Ketandusan Dalil dan Sanad Agama

ABU FAROOQ NIK MOHD SYAZRIN

Menilai Keabsahan atau Kesahihan Ilmu.

..didalam sistem yang tertutup(closed system) sama ada ia dibaluti oleh insulator ataupun tidak, tenaga boleh dipindahkan keluar dan masuk melalui dua bentuk, iaitu dalam bentuk haba(heat) ataupun kerja(work). Jika sistem tertutup itu dibaluti oleh insulator, maka tenaga tidak boleh dipindah dalam bentuk haba(heat) ia semestinya dalam bentuk tenaga kerja(work energy) dimana formulanya w=W/m (kJ/kg)..
(rujuk Thermodynamics AN ENGINEERING APPROACH,Yunus A.Cengel,7th Edition, m/s.62)

Inilah ilmu! sebahagian daripada ilmu Allah (ilmu kejuruteraan) yang telah Allah ilhamkan kepada hambaNya. Tidak kiralah hambaNya itu mukminin atua kafirin, jika Allah menghedaki kebesaran ilmunya itu tersebar dibumi ini bagi Allah sifat Ar-Rahman, memberi tanpa syarat daripada manusia. Ketika syarahan disampaikan oleh pensyarah di universiti perihal ilmu tersebut, setiap pelajar masing-masing bertanya dari manakah sumber ini? atau jenis buku apakah yang dikatakan ini dan muka surat berapakah.? Jelas! Setiap pelajar di universiti sangat mementingkan kesahihan sumber ilmu yang diambil dan menginginkan rujukan daripada buku yang diiktiraf sahihnya. Setalah ilmu itu disampaikan secara teori didalam bilik kuliah, pelajar seteruskan dikhususkan unuk mengambil subjek makmal yang berkaitan dengan teori yang dipelajari. Subjek makmal yang memerlukan segala alatan dan ruang bilik yang kondusif ini bertujuan untuk membuktikan keaslian dan kebenaran teori yang telah mereka pelajari di bilik kuliah dan menyaksikan sendiri hal itu benar dan sahih sumbernya. Demkianlah betapa ilmu dunia ini dinilai keaslian dan kesahihannya. Masyarakat atau pelajar tidak mahu menerima ilmu kejuruteraan yang tidak benar dan sahih daripada teori mahupun ujian makmal. Hal ini sangat memberi kebaikan kepada penuntut ilmu yang menjaga disiplin ilmu itu.




Kenapa tidak begitu terhadap memnerima ilmu wahyu(agama)?

Bukankah pensyarah sudah diiktiraf oleh Universiti akan ilmu yang dimilikinya? Kenapa masih kamu ingin memilki rujukan dan membuktikan teori ilmu yang diajarnya didalam makmal? Demikianlah ustaz-ustaz yang mengajar di masjid-masjid seluruh Malaysia khususnya mereka juga terdedah dengan kesilapan dan bujukan hawa nafsu didalam kehidupan mereka sama seperti insan lain juga. Setiap penyampaian yang mereka sampai di corong-corong pembesar suara masjid perlu dinilai keaslian dan kesahihhannya juga. Yang sangat mendukacitakan lagi, apabila ada sebahagian mereka tidak membawa dalil/nas/bukti daripada sumber rujukan islam (al-Quran dan Hadith sahih) dalam penyampaian mereka namun setiap pendengar(ahlul masjid) dan para imam masih mendongakkan kepala menerima setiap inci perkataan yang disampaikan. Hal ini telah melanggari disiplin ilmu islam yang wajib memerlukan dalil/nas/bukti/sanad daripada al-Quran dan Hadith sahih dalam berhujah. Setiap perkataan yang disampaikan tanpa hujah al-Quran dan Hadith sahih dapat dibathilkan di sanggah oleh sesiapa sahaja dan membahayakan agama islam yang agung dan mulia. Walaupun kuliah seseorang ustaz atau tokoh itu dihadiri oleh ribuan atau jutaan orang, isi yang disampaikannya tetap memerlukan penelitian dan kajian samada ia bersumber daripada sumber agama yang sahih atau tidak (iaitu al-Quran dan Hadith sahih). Kerana itu Allah SWT telah memberi peringatan kepada hambanya,


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” ~ al-An`aam,116

Sesiapa sahaja boleh melakukan kesilapan dan dosa samada dalam keadaan sedar ataupun tidak. Namun Allah SWT telah kurniakan kepada hambaNya seorang Rasul yang juga hambaNya dalam masa yang sama ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan risalah agama yang benar. Itulah Rasul Allah dan Nabi bagi ummah yang telah Allah SWT pelihara daripada kesilapan dan dosa (tidak seperti manusia lain dari segi dosa) untuk menyampaikan agama yang sahih lagi benar tanpa ada kecacatan, mencakupi segala hal kehidupan tanpa ada yang terkecuali. Oleh itu, setiap perkataan ustaz-ustaz atau tokoh agama yang menyampaikan da’wah (di masjid), perlulah menyampaikannya dengan hujah al-Quran dan Sandaran keatas Insan SAW dari sanad yang sahih dimana telah Allah SWT peliharanya itu. Kerana itu Nabi SAW telah mewasiatkan kepada para sahabat r.a dan umumnya untuk ummatnya akan memelihara kesahihan dan keaslian agama Islam ini dengan mengikut sunnahnya dan sunnah para sahabat r.a yang telah mendapat petunjuk oleh Allah SWT. 




Dari Abu Najih al-Irbad bin Sariah r.a berkata, Nabi SAW bersabda, "...Sesungguhnya sesiapa antara kamu masih hidup(setalah matiku) nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang telah dapat petunjuk(iaitu para sahabat Baginda SAW). Dan berpeganglah kepada sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham(dgn kuat) dan jauhilah olehmu akan hal-hal baharu yang di ada-adakan(bid'ah) kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu sesat(ke neraka)" (Hadis sahih Riwayat Abu Daud no.4607 dan al-Tirmidzi no.2678).

Syeikh Muhammad bin Solih al-Utsaimin (wafat 1421H) seorang tokoh ilmuan berkata, “Carilah dalil(sahih) sebelum kamu meyakini sesuatu;jangan pernah meyakini sesuatu sebelum mengetahui dalilnya,kerana kamu akan tersesat.” (Rujuk Muqadimah Syarh Riadhus Solihin,karya Syeikh Utsaimin, jil.1)

Maka, carilah dalil dalam setiap amal kehidupan yang dilakukan. Adakah solat kita mengikut nabi yang berdalil sahih? Cara menyempurnakan jenazah cara nabi yang berdalil sahih? Cara berdoa selepas solat cara nabi? Cara kehidupan cara nabi SAW yang berdalil? Atau taqlid buta dan ikutan orang ramai? 

Wallahu a'lam..

Alhamdulillaahilladzi bi ni'matihi tatimmush shoolihaat..

No comments:

Post a Comment