Friday, 23 January 2015

Keizinan Menterjemah Tulisan Dr. 'Umar bin Abdullah al-Muqbil

ABU FAROOQ NIK MUHAMMAD

Sebelum saya nyatakan keizinan al-Syeikh al-Muhaddith Dr. 'Umar bin 'Abdullah al-Muqbil hafizahullah, suka saya untuk memperkenalkan beliau kepada para pembaca terlebih dahulu. Nama beliau 'Umar bin 'Abdullah bin Muhammad bin Solih Alu Muqbil, nisbah kepada kabilah Bani al-'Anbar bin 'Amr daripada Bani Tamim. Dilahirkan pada bulan Ramadhan tahun 1392H. Beliau tamat pengajian di peringkat sarjana muda pada tahun 1414H dalam bidang Syari'ah di cawangan Universiti al-Imam Muhammad bin Sa'ud al-Islamiyyah yang mana selepas itu ia termasuk dalam Universiti al-Qasim. Kemudian beliau sambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Usuluddin pengkhususan hadith pada tahun 1421H di Universiti al-Imam di Riyadh, Arab Saudi. Seterusnya beliau sambung lagi pengajian di peringkat doktor falsafah(Ph.D) pada tahun 1427H di Universiti al-Imam di Riyadh, Arab Saudi juga dalam bidang Usuluddin pengkhususan dalam Hadith. Demikianlah serba ringkas mengenai beliau. Jika para pembaca ingin tahu lebih lanjut, boleh layari laman sesawang peribadi beliau di : http://almuqbil.com/web/?action=user_cv

Saya telah bertanya beliau pada 20 Januari 2015 jam 12.53PM melalui email peribadi beliau : 
يا شيخنا..هل يمكنني أن أترجم بعض مقالاتك باللغة الملايوية التي موجودة في موقعك؟
terjemahan : "wahai guru kami.. adakah boleh untuk saya menterjemah sebahagian daripada artikel-artikel kamu ke bahasa melayu (iaitu artikel-artikel) yang ada didalam laman sesawang kamu?"

al-Syeikh Dr. 'Umar bin 'Abdullah al-Muqbil hafizahullah membalasnya pada 20 Januari 2015 jam 6.11PM :

لك ذلك، بشرط العناية بدقة الترجمة، وإرسال نسخة منها هنا .
terjemahan : bagi kamu yang demikian itu, dengan syarat jaga ketepatan terjemahan dan hantar salinan terjemahan disini


No comments:

Post a Comment