Friday, 31 October 2014

Jadilah umat yang mampu membezakan

ABU FAROOQ NIK MUHAMMAD

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu kempen, iaitu kempen menyentuh anjing. Saya sendiri secara peribadi tidaklah mengikuti berita mengenai kempen tersebut dengan terperinci, namun yang pasti para peserta kempen tersebut hadir untuk menyentuh anjing.

Saya tak mahu bincang apakah matlamat kempen tersebut, cuma suka saya luahkan disini sikap umat yang begitu terburu-buru ingin melontarkan pendapat atau komentar yang menonjolkan kedangkalan ilmu mereka sendiri. Kempen menyentuh anjing, adalah kempen menyentuh haiwan, dan haiwan itu adalah anjing. Pokok perbincangan ilmuan pada menyentuh anjing adalah pada menyatakan samada ia najis ataupun tidak najis? bukanlah haram atau harus. Jadilah umat yang boleh membezakan, bukan semberono menghukum.

Persepsi agama kita senget.

Ya! saban hari filem-filem yang ditayangkan menerusi siaran televisyen menayangkan adegan-adegan ranjang, babak-babak berpelukan, bukan lagi ber'kempen', tiada pula pengomentar kempen sentuh anjing? Sedang yang ini tidak perlu lagi mencari titik perbincangan, telah sepakat pun keharamanya.

Jadilah umat yang mampu membezakan.

Dalam konteks Malaysia, bagi saya banyak lagi isu-isu fiqh yang melibatkan satu titik perselisihan yang kadangkala tidak mampu dibezakan oleh umat yang bebal dengan ilmu, dan terburu-buru memberi komentar lagak "tuan mufti", mengakibatkan satu golongan terfitnah dengan yang lain, timbul kes sesat menyesatkan.

Bagaimana untuk mendapat kuasa untuk membezakan? Pastinya dengan ilmu.

Suka saya sudahi coretan kali ini dengan nasihat guru saya al-Fadhil al-Ustaz Syazali Hirman hfz, bahawa menurut beliau; tidak perlu kita terjun didalam sesuatu perbahasan yang tidak menambahkan iman kita.

Alor Setar, Kedah
31.10.2014

No comments:

Post a Comment