ABU FAROOQ NIK MUHAMMAD
Allah SWT berfirman didalam al-Quran :
وَلا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ * يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ * إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
maksudnya : (kata Ibrahim AS) dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. (iaitu) pada hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan jantung hati yang sejahtera (iaitu dengan qalbin salim)."~al-Syu'araa`,87-89
guru kepada guru kami iaitu al-Syeikh al-Muhaddith Mustafa al-'Adawi hafizahullah didalam karya beliau berjudul Syifa al-Qulub telah merumuskan pendapat-pendapat ilmuan dalam menafsirkan "qalbin salim"(jantung hati yang sejahtera/selamat) didalam ayat diatas. Sekurang-kurangnya terdapat 8 pendapat mengenainya, termasuk pendapat beliau sendiri. Disini saya cuba lampirkan beberapa daripadanya. Kata beliau :
ولأهل العلم أقوال في المراد بالقلب السليم :
أحدها, والذي عليه الأكثرون : أنه القلب السليم من الشرك والشك, وقد نقل القرطبي هذا القول عن أكثر المفسرين. والمراد بسلامته عن الشك : أن يعلم أن الله حق, وأن الساعة قائمة, وأن الله يبعث من في القبور
أخرجه الطبري بإسناد صحيح عن عون قال : قلت لمحمد (يعني ابن سيرين) : ما القلب السليم؟ قال أن يعلم الله حق, وأن الساعة قائمة, وأن الله يبعث من في القبور
وقال الطبري : الذي عني به من سلامة القلب في هذا الموضع: هو سلامة القلب من الشك في توحيد الله , والبعث بعد الممات
وأخرج الطبري بإسناد صحيح عن ابن زيد قال : سليم من الشرك, فأما الذنوب فليس يسلم منها أحد
(terjemahan) : dan bagi ahli ilmu terdapat (beberapa) pendapat pada (apa) yang dimaksudkan dengan "qalbin salim"(jantung hati yang sejahtera) itu. Pertamanya, dan (berpendapat) keatasnya ramai : bahawasanya "qalbin salim"(jantung hati yang sejahtera) daripada syirik dan syak(ragu), dan al-Qurtubi telah menaqalkan pendapat ini daripada yang paling ramai (dalam kalangan) mufassirin(ilmuan tafsir). Dan yang dimaksudkan dengan kesejahteraannya daripada syak(ragu) itu (adalah) : bahawa mengetahui(meyakini) bahawa Allah itu benar, (meyakini) bahawa hari kiamat wujud(benar akan berlaku), dan (meyakini) bahawa Allah akan membangkitkan orang-orang didalam kubur. Telah meriwayatkannya al-Tabari dengan sanad yang sahih daripada 'Aun beliau berkata : "aku bertanya kepada Muhammad (iaitu Ibn Sirin) : "apakah (maksud) "qalbin salim"?"" Jawab (Ibn Sirin) : "bahawa mengetahui(meyakini) Allah benar, (meyakini) bahawa hari kiamat wujud(benar akan berlaku), dan (meyakini) bahawa Allah akan membangkitkan orang-orang didalam kubur.". Dan telah berkata al-Tabari lagi : "yang dimaksudkan dengan kesejahteraan jantung hati dalam konteks ini adalah kesejahteraan jantung hati daripada syak(ragu) dalam meng-esa-kan Allah dan hari kebangkitan setelah mati. Al-Tabari telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Ibn Zaid, beliau berkata : "sejahtera(selamat) daripada syirik, adapun dosa-dosa maka tiada yang sejahtera(selamat) daripadanya seorangpun.".
الثاني : أن المراد بالسليم : الخالي من البدعة , المطمئن إلى السنة
(terjemahan) : pendapat yang ke-2 : bahawa yang dimaksudkan dengan 'salim' (adalah) : bebas(hindar) daripada bid'ah, teguh kepada sunnah.
الثالث : أن المراد بالسليم : السليم من آفة المال والبنين
(terjemahan) : pendapat ke-3 : bahawa yang dimaksudkan dengan 'salim' (adalah) ; sejahtera(selamat) daripada ujian(musibah) harta dan anak-anak lelaki.
الرابع : السليم : الخالص
(terjemahan) : pendapat ke-4 : 'salim' (adalam) : ikhlas.
القول السادس : ووصفه الرازي بأنه أصح الأقوال : أن المراد منه : سلامة النفس عن الجهل والأخلاق الرذيلة
(terjemahan) : pendapat ke-6 : dan telah menyatakannya oleh al-Razi bahawa ia adalah (pendapat) paling benar diantara pendapat-pendapat yang ada (iaitu) : bahawa yang dimaksudkan dengannya adalah kesejahteraan/keselamatan daripada kejahilan dan akhlak yang keji.
القول السابع : أنه سليم من موالاة المشركين وحبهم
(terjemahan) : pendapat ke-7 : bahawasanya 'salim'(sejahtera/selamat) daripada taat setia kepada orang-orang musyrik dan kecintaan kepada mereka.
Selepas al-Syeikh al-Muhaddith Mustafa al-'Adawy hafizahullah menyebut pendapat ke-7, lalu beliau merumuskan bahawa tafsir atau maksud "qalbin salim" adalah semua pendapat yang diatas dan beliau tambah lagi :
وهو قلب خائف وجل من ربه عز وجل. والله أعلم
(terjemahan) : dan ia adalah jantung hati yang amat takut lagi bimbang kepada Rabnya 'azza wa jalla, Wallahu 'Alam.
No comments:
Post a Comment