ABU FAROOQ NIK MOHAMAD
Jarak antara Nabi Isa AS dengan Nabi Muhammad SAW hampir 600 tahun. Dalam jarak masa itu, rosak ajaran yang disampaikan Isa AS bahkan mereka mengubah isi al-kitab itu sendiri.
Ummat Nabi Muhammad SAW sekarang dan 400 tahun ke belakang membawa jarak lebih kurang seribu(1000) tahun. al-Quran dan al-Sunnah tidak dapat diubah, kerana janji Allah SWT memelihara keduanya. Tetapi apakah jaminan amalan ummatnya sentiasa berpandukan al-Quran dan al-Sunnah tanpa ada pihak yang mengubah? menokok tambah? Sedang jarak 600 tahun pun begitu banyak perubahan dan tokok tambah, inikan seribu tahun?
Soalnya juga, bagaimana bid'ah itu difahami? apakah manhaj yang sihat lagi asas dalam beragama?
Jika semua pendapat itu boleh diambil dan dianggap sah untuk mewakili agama, apa gunanya lagi sumber?
No comments:
Post a Comment