Saturday, 25 July 2015

Catatan INSTEP Hari Pertama

ABU FAROOQ NIK MOHAMAD

Segala puji-pujian milik Allah SWT, dengan nikmatNya sempurna segala kebaikan. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah 'INSTEP'? Ia adalah kata singkat bagi Institut Teknologi Petroleum Petronas yang terletak di Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu. Ini adalah sebuah institut yang menawarkan latihan persediaan untuk menjenguk bidang minyak dan gas, khususnya di Malaysia,

Hari ini saya disini bukanlah datang untuk melawat, sebaliknya menjadi sebahagian daripada anggota pelatih INSTEP. Sungguh bidang kejuruteraan teknologi minyak dan gas ini menjadi idaman saya selepas bidang kejuruteraan aeronautik, maka betapa hati ini gembira mendapat peluang sebigini. Melihat kepada apa yang saya dapat ini, teringatlah saya akan pesan guru-guru saya bahawa ia hanyalah imbuhan Allah SWT buat diri ini. Jika ingin dibandingkan kelulusan, diluar sana yang memohon ramai lagi yang lebih cemerlang. 

Jika Allah SWT mahu? Dia beri..

INSTEP pada saya sebuah institusi yang mewah disudut perbelanjaan komoditi dan makanan (selama sehari saya disini). Apa tidaknya? Bilik pelajar dilengkapi dengan 'aircond' sehinggakan dewan makan juga ber'aircond'. 

Saya akan coretkan disini lagi mengenai bidang yang saya amat teruja untuk mempelajarinya nanti, mohon doa para pembaca agar mendoakan saya terus teguh atas agama Islam yang benar ini dimana jua saya berada.

Abu Farooq,
INSTEP, K.Terengganu.
25/7/2015

No comments:

Post a Comment