Saturday, 23 January 2016

SAYA DAN INDUSTRI MINYAK DAN GAS

 ABU FAROOQ NIK MOHAMAD

Malam 23/1/2016 tamat sudah cuti semester saya di Alor Setar,Kedah tempat yang dirasa bagai tiada manis lagi seperti dulu walaupun kadangkala saya keliru dengan perasaan itu adakah hanya kerana mawar hitam yang belum sempat dipetih disini telah hilang atau memang hakikat kemanisan itu memang pergi. Pada mala mini saya akan berangkat ke K.Terengganu, Terengganu bagi meneruskan sesi latihan saya di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) untuk permulaan semester dua.

Bukan tujuan utama.

Sejujurnya, menceburi industri minyak dan gas bukanlah arah tujuan utama saya. Kerana saya bercita-cita untuk berada dalam industri penyelenggaraan pesawat(aircraft maintenance) dan memang tahun akhir diploma kejuruteraan mekanikal saya di UiTM P.Pinang saya di pengkhususan aeroangkasa. Semua semangat ini meleset apabila saya mula belajar hadith dan saya mula minat kearah pengajian hadith dan bahasa ‘arab secara khusus. Sejak awal semester 4 saya mula mengumpul bahan bacaan didalam bidang hadith dan bahasa ‘arab sehingga di rak buku saya di hostel ketika itu dipenuhi buku-buku hadith berbanding buku-buku kejuruteraan mekanikal.


Cubaan ke Mesir.

Saya tamatkan juga diploma kejurutereaan mekanikal kerana itu harapan saya ketika mula-mula saya jejak kaki di UiTM P.Pinang dan disebalik itu juga tersimpan harapan bonda saya. Saya berhasrat untuk ke Ma’ahad Bu’uth al-Azhar, Mesir melalui salah satu agensi berdaftar daripada Malaysia. Kenapa Mesir? bukan kerana saya tidak mengiktiraf ilmu hadith di Malaysia, tetapi kos pengajian yang lebih murah di Mesir dan juga ilmuan yang lebih ramai dibidang hadith berada di Mesir berbanding di Malaysia ketika itu. Saya sempat bekerja untuk kumpul sedikit wang membayar kos permulaan terbang ke Mesir ketika itu. Setelah bayar, “Bagai tiada rezeki” ketika itu Mesir bergolak dan usaha kerajaan mengelakkan rakyat menjadi mangsa pergolakan disana maka tidak dibenarkan pelajar Malaysia sambung kesana diketika itu (menurut agensi tersebut). Alangkah sedihnya.

Ke Darul Hadith al-Nabawi, Kelantan.

Berbekalkan pengajian tidak formal saya di Pulau Pinang dalam bahasa ‘arab dan hadith (kelas-kelas/kuliah di masjid) sejak saya semester 4(2012) sehingga 2014, saya ambil keputusan untuk ke Darul Hadith al-Nabawi, Kelantan dibawah jagaan Ustaz Wan Kamaruzaman Wan Musa. Selama lebih kurang setahun lebih disini saya belajar bahasa ‘arab, fiqh, ‘aqidah, hadith, tajwid, dll.

Kembali ke bidang Kejuruteraan.

Kenapa kembali? Saya fikir bahawa adalah rugi jika saya tinggalkan sahaja bidang ini sedangkan ia adalah bidang yang bernilai dan kesukaan saya, bahkan tidak salah jika saya mahir dalam bidang ini dalam masa yang sama tahu juga bidang hadith dan bahasa ‘arab. Saya juga menyedari ilmu hadith dan bahasa ‘arab tidak semestinya diceduk secara formal. April 2015 Int. Teknologi Petroleum Petronas(INSTEP) membuka peluang temuduga untuk menjadi pelajarnya. Salah satu bidang yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Mekanikal. Berbekalkan ‘zero’ pengalaman kerja, apatah lagi industri minyak dan gas, ilmu yang belajar di UiTM dulu? Kalau ditanya seminggu lepas ‘exam’ pun belum tentu boleh jawap. Namun saya buat sedikit persediaan dan ulangkaji sebelum temuduga, Alhamdulillah saya diterima masuk. Antara kata-kata ‘interviewer’ yang saya tidak boleh lupa sehingga hari ini, “we never have student with long beard like you before..”. Saya senyum saja.

Kembali ke bidang agama secara formal?

Ya. Jika ada peluang, dan jika permohonan saya diterimaNya untuk ke Madinah. Jika tidak, saya tidak akan berhenti belajar.

No comments:

Post a Comment