ABU FAROOQ NIK MUHAMMAD
Pada hari ini genaplah umur saya 23 tahun. Saya menangisi masa silam saya. Terasa bagai masa telah pergi tanpa saya berbuat banyak kebaikan untuk kehidupan setelah mati. Masa terasa begitu pantas berlalu, apakah ia benar-benar pantas? atau kelalaian diri membuatkan masa terbuang begitu banyak dan pantas.
Masa sungguh ajaib.
Masa Adalah Modal
Masa adalah 'modal' yang Allah SWT beri kepada setiap insan. Kerana itu, kata pepatah melayu yang masyhur menyebut "masa itu emas".
Apabila masa merupakan 'modal' bagi manusia, maka ada dalam kalangan manusia yang bijak mengurusnya sehingga ia diisi dengan keuntungan-keuntungan berganda untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Ada juga dalam kalangan manusia yang terus 'berjudi' dengan 'modal' itu sehingga tiada yang tersisa melainkan kerugian semata-mata atau keuntungan yang tidak berganda, sekadar untuk kehidupan dunia.
Masa sungguh ajaib, nilainya tidak pernah susut.
Insan dan 'Modal'
Siapakah dalam kalangan manusia yang benar-benar berniaga dengan perniagaan yang menguntungkan untuk kehidupan dunia dan akhirat dengan 'modal' masa ini? Tiada contoh yang paling baik dimata seorang muslim dalam hal ini melainkan Rasulullah SAW.
Lihatlah berapa jumlah 'modal' yang Allah SWT berikan kepada Rasulullah SAW untuk Baginda menyelasaikan tugasnya sebagai seorang Utusan(Rasul) Allah? Baginda tidak hidup 300 tahun, tidak juga 200 tahun, tidak juga 100 tahun, sebaliknya sekitar 63 tahun dengan usaha dakwah selama lebih kurang 23 tahun.
Demikian juga para Sahabat Rasulullah SAW, mereka begitu hebat dalam mengurus 'modal' mereka masing-masing.
Lihatlah insan-insan yang diangkat oleh ummat yang hidup dizaman generasi awal Islam. al-Imam al-Bukhari rahimahullah menjadikan 'modal' 16 tahun untuk menghasilkan karyanya yang hebat iaitu Sahih al-Bukhari. Hari ini kitabnya ini dibaca, dipelajari dan dikaji diseluruh dunia, Hanya Allah SWT sahaja yang mampu menghitung pahala beliau yang berterusan ini.
Lihatlah al-Imam al-Nawawi rahimahullah, meninggal sekitar umurnya 40-an. Namun apabila kita perhatikan karya-karya beliau yang telah tersebar dalam kalangan ummat Islam hari ini bagaikan beliau hidup 100 tahun! Jika tidak begitu, apakah beliau tidak tidur? apakah beliau tidak melakukan perkara-perkara lain selain menulis ilmu sahaja? Bagaimana boleh terhasil karya Syarah Sahih Muslim, Riyadhus Solihin, al-'Arba'in, al-Taqrib, dan lain-lain lagi dalam tempoh hidup sebanyak itu sahaja?
'Modal' tidak perlu banyak, sedikit sudah cukup dengan pengurusan yang baik. Itulah keberkatan masa.
Ramai yang Mensia-siakannya
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadith, daripada Ibn 'Abbas r.'anhuma, Rasulullah SAW bersabda :
Inilah realiti yang berlaku pada ramai manusia, lebih-lebih lagi manusia dizaman sekarang ini apabila banyak saluran-saluran untuk melalaikan manusia dengan pelagai hiburannya, media sosialnya, dan lain-lain lagi. Namun tiada yang menyedarinya bahawa masa itu telah disia-siakannya daripada melakukan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya melainkan setelah datang padanya mati.
نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ
"Dua nikmat disia-siakan padanya (oleh) ramai dalam kalangan manusia (iaitu) sihat dan waktu lapang."(Riwayat al-Bukhari)Inilah realiti yang berlaku pada ramai manusia, lebih-lebih lagi manusia dizaman sekarang ini apabila banyak saluran-saluran untuk melalaikan manusia dengan pelagai hiburannya, media sosialnya, dan lain-lain lagi. Namun tiada yang menyedarinya bahawa masa itu telah disia-siakannya daripada melakukan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya melainkan setelah datang padanya mati.
mafhum firman Allah SWT, "Sehingga apabila datang maut(mati) kepada salah seorang daripada mereka, ia berkata "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (hidup didunia). Supaya aku dapat mengerjakan amal soleh yang telah aku tinggalkan.."~al-Mu`minun,99-100
Semoga kita tidak menjadi manusia yang telah mensia-siakan nikmat-nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita, lebih-lebih lagi nikmat umur atau masa senggang yang diingatkan oleh Nabi SAW secara khusus didalam sebuah hadith diatas, termasuk juga nikmat kesihatan tubuh badan.
Hubungkan juga denga surah al ashr
ReplyDeleteHubungkan juga denga surah al ashr
ReplyDeleteterima kasih
Delete