Sudah hampir 4 bulan saya tidak menulis di blog ini.
Bukan sibuk, cuma pengurusan masa yang tidak efisen.
Setelah 6 bulan tamat pengajian di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), mula mencari-cari peluang pekerjaan di perusahaan lain. Ya, "bonding" telah tamat bersama PETRONAS, harapan untuk bertugas dengan PETRONAS kian luntur.
Marah!? Tidak, dalam pada ekonomi negara yang tidak stabil dan industri petroleum dunia yang meruncing, saya akur belum dipanggil bertugas bersama PETRONAS.
Alhamdulillah di penghujung tahun 2016 saya dipanggil untuk temuduga di salah sebuah anak syarikat Edra Power Holdings SDN BHD iaitu Jimah Operations and Maintenance, Port Dickson.
Syarikat apa tu Edra Power Holdings?
Edra Power Holdings adalah syarikat janakuasa elektrik. Di Malaysia, Edra Power Holdings memiliki 5 stesen janakuasa elektrik (Power Plant) menjadikannya syarikat janakuasa elektrik kedua terbesar di Malaysia setelah Malakoff yang paling besar.
27/12/2016 tarikh ujian teknikal bertulisa dan temuduga.
Mulai tarikh temuduga, saya menunggu keputusan penuh harapan.
13/02/2017 tarikh saya dipanggil temuduga Topmark Petroleum Products SDN BHD. Ia adalah sebuah syarikat yang menguruskan "waste oil" daripada syarikat-syarikat minyak dan gas seperti PETRONAS, PETRON dan lain-lain.
Alhamdulillah, saya diterima bekerja dan mula bekerja pada 20/02/2017.
Banyak perkara yang saya belajar bila mula bekerja dalam bidang saya iaitu Kejuruteraan Mekanikal. Hal yang paling perlu dipelajari adalah dunia kerjaya yang bermacam ragam orangnya.
Pada 03/03/2017 handphone berdering pada petang hari daripada HR Edra Power Holdings.!
Allahu Akbar, Allah kabulkan doa ibu dan doa saya.
Ucapan tahniah daripada pembantu pegawai sumber manusia Edra Power Holdings En. Nik Hanizam bahawa saya diterima bekerja di Jimah Power Plant, Port Dickson.
15/03/2017 Saya lapor diri di Jimah Power Plant dibawah department Maintenance "Boiler".
Sekarang masih dalam "induction period", selama 2 minggu.
Manusia sangat gopoh, sentiasa merasakan bahawa Allah SWT belum beri nikmat, merasakan bahawa Allah SWT tidak pernah kabulkan doanya.
Inilah salah satu kufur nikmat Allah SWT yang tanpa sedar, sentiasa merasuk manusia. Optimis pada Allah SWT itu sifat mukmin sejati.
Rasa nak sambung degree pulak..
Insya-Allah jika diizin Allah SWT saya ingin sambung ijazah sarjana muda Kejuruteraan Mekanikal secara separuh masa.
Mohon doa semua untuk saya.
Akhir kata,
Allah Maha Tahu.
Abu Farooq,
Port Dickson, N.Sembilan.
Facebook
Nice Writing . Hope you achieve what you aim
ReplyDelete